Patent | Trademark | Design & Copyright Marketplace

Patent | Trademark | Design & Copyright Marketplace

Search Listing
Need help with R&D?

JAM WAQAF

Copyright
JAM WAQAF

About JAM WAQAF

PENGGUNAAN INOVASI “JAM WAQAF AIN” UNTUK MEMBANTU MURID MEMBACA AL-QURAN DENGAN BETUL


Menurut Howard Gardner (1983) melalui Teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkannya menyatakan  bahawa  setiap  individu  mempunyai  gaya  pembelajaran  tersendiri.  Beliau mencipta suatu model yang menekankan tentang cara kita berfikir dan memahami sesuatu informasi. Jam Waqaf Ain merupakan salah satu inovasi yang diperkenalkan untuk memudahkan murid menghafal 12 tanda waqaf di dalam Al-Quran yang sebelum ini amat sukar dikuasai kerana nota yang panjang dan agak rumit untuk difahami. Kedudukan nombor jam yang diganti dengan tanda-tanda waqaf akan membantu murid membentuk gambaran visual tentang simbol-simbol waqaf apabila mengingati kedudukan nombor jam dan sekaligus membentuk memori jangka masa panjang murid.  Penggunaan 3 jenis warna berdasarkan konsep lampu isyarat iaitu merah, kuning dan hijau merupakan lambang kepada definisi setiap tanda-tanda waqaf tersebut.  Jam Waqaf Ain amat sesuai digunakan untuk pelbagai peringkat umur yang ingin menghafal tanda-tanda waqaf. Inovasi ini amat mudah, murah dan senang untuk dihasilkan serta sangat sesuai untuk dijadikan bahan bantu mengajar bagi seorang guru.  Fokus kajian inovasi ini adalah untuk membantu murid menghafal 12 tanda waqaf dan membantu murid mengingat maksud setiap tanda tersebut menggunakan konsep lampu isyarat bagi meningkatkan kemahiran murid membaca Al-Quran dengan betul.
 

Official Information

  • Title

  • Type of Work

  • Country Register

  • Registration Number

  • Owner

  • Author

  • Filing Date

Region Protection

Additional Information

  • Additional Information

  • Encumbrances

  • Related Document

Highlight Information

  • Listing For
Whatsapp
TRANSLATE HERE

YouCipta © 2019 - 2024.   All rights reserved.